Pena Udika

' Mata Pena ''

Pena yang menari
meluahkan segala isi hati
yang tak terlahir pada lahirnya
aku insan seni
bermain dengan api
terus mencuba
walau hanya satu mimpi
pena kuterus menari
mengungkap kata - kata
hati yang tersembunyi

aku insan seni
hiburanku dikongsi
dukaku biar ia tersendiri
melalui mata pena ini
aku luahkan segala
yang terkunci
moga dapatku
lupakan rasa benci
bila mata pena
henti menari
tamatlah sudah
riwayat insan seni
insan yang sepi


Udika , 30 Sept 1999 , Khamis

2 comments:

Munsyi said...

gile la..sajak taun 1999..

wei..ak dh follow ko..kalau rajin, follow ak blik..letak la shoutbox, senang sket..update byk2..komen kt blog ak same..huhu..ak link blog ko ek..

Irmansadoz said...

oit.cmne nak add..aku byk lagi tak tau..nanti ajar aku kat bilik!!

Post a Comment