kembali buat sementara

Irman kembali buat sementara.lama menyisihkan diri dari dunia blog.sepanjang kebisuan ini, dia memerhatikan apa yang berlaku. Ternyata semakin lama lensa mata merenung sketsa pelayaran kehidupan ini, semakin dia keliru. Keliru memikirkan jawapan dan penjelasan di sebalik apa yang berlaku. Irman masih waras . Dia tahu batas kedalaman renungannya. Pernah satu ketika dulu renungan mata batil ini cuba diuji oleh Sang-Kafir . Sang-Kafir bertanya "Kamu sembah sejadah ke lima kali sehari?Pelik " . Terbakar hati Irman mendengar soalan itu .Irman pura-pura tenang dan cuba untuk menjawab. Irman tahu ini soalan ini boleh mencalarkan maruah agama jika berdiam diri. Lantas, "Angin" balas Irman .Sang-Kafir terpinga2 umpama terkena jerat buatan sendiri. Supaya Allah bukakan pintu hatinya sebagaimana Allah membuka pintu hati Irman untuk melihat alam ini sebagai bukti KeAgungan Allah S.W.T : Pemilik Sekalian Alam ~



Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya ( Surat Qaaf ayat 16 )

Blog blog blog!

Hallo!Dunia blog kembali lagi.Seolah-olah cendawan Chipsmore, sekejap timbul sekejap hilang selepas hujan. Bukan niat untuk membisu tapi sejak aku mengenali Facebook, blog ini seolah2 hilang arah.Leka , lalai dan syahdu dibuai ulikan Facebook.Sungguh tidak adil.Walau apapun, api cinta pada blog 'la budda' tetap membara dalam jiwa kalbu.Aku betul-betul sudah kembali.Banyak yang perlu dikongsi , realiti yang akan dipentaskan nanti akan bercahayakan lampu keseriusan yang lebih terang supaya hadirin para penonton sekalian sedar yang kita adalah penonton,dan kita jua adalah pelakonnya:

Wayang itu tanpa tajuk,
Hari hari aku tatapi,
Siang malam aku ulangi,
Bulan dan bintang silih berganti


Aksinya mencuit jiwa,lalu
hilai tawa aku perdengarkan,
Aksinya mengguris hati,lalu
air mata aku cucurkan,
Aksinya menusuk jantung,lalu
peluh keringat aku titiskan


Sinopsisnya masa hidupku,
Berbicara dalam hitam?
Protagonisnya seiras aku,
Ketawa ketika aku senyum?
Antagonisnya mirip ibu bapaku,
Melutut ketika aku berdiri?


Klimaksnya masa matiku,
Membisu dalam putih?
dan wayang itu terhenti,
Buat pertama kali,
terpampang di skrin layar,
" Tajuk : Realiti satu fantasi"

-Irmansadoz, Gombak-



Cultural Village 2009

Im back again!huh..at last, berakhir juga cultural village09 12hb 07 lepas. Hitam ,manis ,pahit,masam ,gula ,kicap ,ajinamoto, taufu fah semua bercampur aduk..tapi satu kelegaan yang nyata dirasai disebalik pelbagai 1001 pengalaman yang dikumpul,persaudaraan baru yg terjalin serta kesedaran ttg pelbagai budaya di malaysia dibwah satu tema : Satu Malaysia, Perpaduan dlm Kepelbagaian (Awas!ini satu ideologi kerajaan BN.haha ) .Hoh!satu program yang berjaya memberi impak hebat pada mereka yang terlibat terutama semasa persembahan kebudayaan oleh semua unit Kebudayaan Uiam ; Caklempong,Zapin, Gamelan ,Angklung , Perkusi,Yayasan n9 dan Dikir Barat (Sedak sek kito!). Tak lupa jg kombinasi pengurusan yang mantap dari Teater Club, Ummul Quro dan Pantun dalam menjayakan malam tersebut.Syabas!!Satu lagi, misteri Adat Perpatih yang selama ini menjadi satu fobia bagi lelaki luar n9 kini terjawab dengan jelasnya ..Its really not as bad as it looks. Tapi untuk menilai baik buruk Perpatih vs Temenggong mmg bergantung pada individu.huh..Untuk dirungkaikan satu persatu ttg CV09 yang memang best giler, 1000 posts pun belum tentu cukup tapi apapun kita layan beberapa gambor yang telah diambil. Ni bukan pics pilihan lagi sbb pendrive aku hilang jadi aku just grab dari friendster Encik Fahmi Bulu (Credit to u!). Next time aku upload pics mantok2, cun2 meletup kaw2 nya sampai mampu membuat sesiapa yang view ternganga, terkesima dan terngodoh den pokau bono jang jala (kuala pilah mai.haha ), baru padan dengan muko den..layan..zzaass!!



Banner yang Didesign oleh Encik Zubair Jiwa Halus (Credit to him!!)



Ringan sama dijunjung , Berat bagi je Encik Zubair Jiwa Halus angkat



Penulis bergambar bersama sekawan kerbau jadian!!eh tersilap!kumpulan caklempong.jgan marah yer.ahaks..



Bersama Piea - d Stage Manager



Selepas sesi motivasi SMK Dato Abdul Samad ... (Untung group 9 dapat aku jd faci.haha)

mai kelik abe wei..

hello dunia..lama sudah membisu.Banyak kerja assignment , komitmen , program , exam n bermacam lagi hal yang dilalui dalam diam.sekarang ni baru boleh relaks lega sikit la sbb tengah cuti. Tu pun tak dapat kelik..haisshh..ada prog Cultural Village 09 la pulok kat n9 9-12hb .Pecah palo la aku duk mikir nak sangkut bunting , banner, n segala macam kerja publisiti termasuk 'Windy-Paper' ---> menatang apa nie?haha..tapi takpe, it is worth it.. doh mu kato anok seni, keno berkorban la skit untuk komuniti.takkan mu duk harap komuniti jah bagi ke mu.aloh..'Give n take' for granted la lebih kurang..hehe..huh..merapu plok,aku manusio paling dop pandai merapu.aku nak share sesuatu dengan dunia nh.nanti la ek..just nak inform dunia:
irmansadoz is back and he want to write back:8)



shhhhh..im back

aku berdosa

"aku berdosa,
itu aku ungkapkan
setelah membuat dosa"

aku punyai jiwa
menghasut membuat nista,
aku punyai agama
menyeru jalan mulia,
jiwa atau agama?


aku punyai hati
mengidam titik jengat,
aku punyai fikiran
menimbang kejadian manusia,
hati atau fikiran?

aku punyai jasad
mengerinjang latisan maksiat,
aku punyai roh
memugas tanda getik,
jasad atau roh?

satu introspeksi,
jiwa dan agama,
hati dan fikiran,
jasad dah roh,
milik Zat Yang Satu

maka aku menulis
"aku berdosa,
itu aku ungkapkan
jika membuat dosa"

irmansadoz 03Jun09 , Gombak





Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Az-Zumar: 53)

Realiti Satu Fantasi..

Warkah Terbuka Buat Mama (sape mahu kahwin boleh copy)




1- Saya rasa saya sudah tua mama,sudah matang, sudah mampu pikir baik buruk.Apa lagi yang mama nak?janggut dah ada, misai dah lebat, gigi dah kuning?nak tunggu rambut beruban kaa????

2- Saya mahu dapat zuriat cepat-cepat mama. Mama pun nanti mesti tak sabar menimang cucu.Kita tak tahu apa akan jadi di masa depan kalau kita lambat2kan benda yang baik. rugi mama!

3- Rezekinya murah bila berkahwin. Mama, percayalah, Tuhan akan buka pintu rezeki kalau kita betul ikhlas mengikut jalanNya. kawan-kawan saya semua dilimpahi nikmat selepas berkahwin, lagi2 lepas mendapat anak.

4- Mama tak memahami naluri orang muda normal mama . Orang muda ibarat gas yang bocor, ada je sumber api, 'meletup' la jawabnya.

5- Kita terlalu terpengaruh dengan Budaya mama. Buka fikiran mama, kahwin bukan bermaksud mama kehilangan anak malah bertambah anak.

Saya belum habis mama dan saya takkan berhenti menaip untuk mama selagi mama tak benarkan saya kahwin.

Alangkah bagusnya kalau mama mendengar ( Tapi lagi lagi nasib baik sbb mama tak tau blog saya.Aku bersuara dalam diam.ahaks! )





Keesokan harinya:



Beware of Vampire!!

"Marriage is like the army. Everybody complains, but you'd be surprised at how many re-enlist"
REALITI SATU FANTASI