Baik atau jahat?


Berbakikan masa lebih kurang 27 minit sebelum lab e-3 tutup pukul 10pm, aku ingin mencoret satu persoalan yang bermain di jiwa bakul.Sejauh manakah manusia itu baik? .Persoalan ini adalah global untuk semua homo-sapiens tidak kira kaum,agama,bangsa dan zaman. Tetapi apa yang aku ingin tekankan pada mereka yang bergelar Islam, sejauh manakah anda baik? Adakah sebaik2 anda mampu menjadi sesempurna-terpelihara-dari-dosa seperti Rasullullah S.A.W? Satu hakikat pada mereka yang terlalu taksub pada kealiman diri sehingga sanggup menghina orang lain yang tidak sekufu dengannya.Anda belum cukup baik kerana kalau anda baik ,hati anda takkan tergamak menghina sesama manusia.Percayalah, hati anda busuk. Siapa anda untuk menghina sesama hamba? Bukan urusan kita untuk menilai seseorang, serahkan pada Allah ,tugas kita untuk beribadat kepadaNya.Sayangilah sesama manusia kerana tidak beriman seseorang yang tidak mengasihi saudaranya lebih dari dia mengasihi dirinya.Amin

Gambar seorang pejuang atau pengkhianat?Anda tentukan...REALITI SATU FANTASI

0 comments:

Post a Comment