kembali buat sementara

Irman kembali buat sementara.lama menyisihkan diri dari dunia blog.sepanjang kebisuan ini, dia memerhatikan apa yang berlaku. Ternyata semakin lama lensa mata merenung sketsa pelayaran kehidupan ini, semakin dia keliru. Keliru memikirkan jawapan dan penjelasan di sebalik apa yang berlaku. Irman masih waras . Dia tahu batas kedalaman renungannya. Pernah satu ketika dulu renungan mata batil ini cuba diuji oleh Sang-Kafir . Sang-Kafir bertanya "Kamu sembah sejadah ke lima kali sehari?Pelik " . Terbakar hati Irman mendengar soalan itu .Irman pura-pura tenang dan cuba untuk menjawab. Irman tahu ini soalan ini boleh mencalarkan maruah agama jika berdiam diri. Lantas, "Angin" balas Irman .Sang-Kafir terpinga2 umpama terkena jerat buatan sendiri. Supaya Allah bukakan pintu hatinya sebagaimana Allah membuka pintu hati Irman untuk melihat alam ini sebagai bukti KeAgungan Allah S.W.T : Pemilik Sekalian Alam ~



Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya ( Surat Qaaf ayat 16 )

2 comments:

MuNsYi^SaMa said...

angin?xphm..

Irmansadoz said...

Oh.Bagus2 ade juga orang komen blog aku.ahaks. Camni : Angin kita tak nampak, tapi kita dapat rasa..Angin boleh memberi keselesaan dan boleh juga membawa kemusnahan. Semuanya bergantung pada sejauh mana kita bersyukur di atas nikmat Allah S.W.T. Segala kejadian langit dan bumi, zahir dan batin bagi orang yang berfikir, akan membuat kita kenal siapa sebenarnya Rabbu Jalil..

Post a Comment